Dashboard | +Follow
Little Miss Psychopath
Alone.Lonely.Lifeless
Saturday, January 19, 2013 • 8:50 PM • 0 comments

Assalamualaikum . Hello buncit, gendut, tembam, keding, sekeping dan boroi sekalian :)

Tumblr_mgvhibliex1rckhq3o1_500_large

Kita mungkin ada sesuatu yang berharga dalam diri kita. Mungkin sesuatu ataupun seseorang. Kita akan sayang benda tu sebaik mungkin sebab kita betul betul hargai benda tu. Dan setiap orang pasti akan iri hati dengan kita sebab kita ada sesuatu yang berharga. Dan setiap orang akan cuba merampas apa yang ada dalam gengaman kita sebab dia pun nak ada benda yang sama. Nampak bertapa kejamnya manusia?

Kita pun akan buat apa saja asalkan kita tak kehilangan sesuatu yang berharga untuk kita. Orang yang kita sayang misalnya. Sanggup ke kita nak bagi dekat orang lain? Sanggup ke kita jauhkan dia dari hidup kita? Dan semua orang mesti cakap 'aku sanggup biar dia pergi dari hidup aku asalkan dia bahagia' APAKAH? Semua tahu yang sebenarnya itu semua BOHONG. Yes, bohong. Manusia memang dah tercipta untuk lebih pentingkan perasaan sendiri dan buat apa nak bohong kalau kau betul betul tak nak dia pergi?

Saat orang yang kita sayang pergi, kita akan cuba semua cara yang ada untuk tak biarkan dia pergi. Dan hati kita akan rasa terlalu berat untuk biarkan semua tu berlaku. Persoalanya, apa yang kita nak pertahankan sebenarnya? Hubungan yang ada dekat hujung jalan? kehidupan yang hampir tamat? ataupun bahagia yang hanya sementara? Sebenarnya setiap apa yang berlaku tu dah ditakdirkan. Dan mesti ada hikmah disebaliknya .

Sekarang aku rasa kehilangan. Dulu aku ada kehidupan yang aku rasa sangat sempurna. Tapi sekarang apa yang aku rasa, cuma kekosongan yang sangat sangat menyiksakan. Apa yang aku ada? Tak banyak, cuma seorang dua yang ambil kisah.


Little Miss Psychopath'™



Older Post | Newer Post
♔ Disclaimer

Bonjour . Im Eqaa Zawawi, the webmistress. Welcome to my world. BEHAVE YOURSELVES and copypig(s) are not allowed !


Go back to entries
Meet The Queen
Albums
Twitter
Instagram

♔ Talk Here !


No Harsh Words Please ツ






♔ Back To Past



♔ You And Me


Daisypath Anniversary tickers