Dashboard | +Follow
Little Miss Psychopath
\PERASAAN/
Monday, December 24, 2012 • 11:44 PM • 0 comments

Hari terasa biasa . Dah banyak kali aku rasa . Dah banyak kali aku sabar , cuma dia tak sedar .

Tumblr_memgg2t3xm1r50o9ao1_500_large
i pretended that it was okay

Aku cuma harap, dia tahu aku ada . Dia perasan aku ada perasaan . Dia nampak usaha aku . Tapi aku tahu , harapan aku besar sangat . Dah berkali kali aku pujuk hati aku untuk terima . Dan dah berkali kali jugak aku cuba lupakan apa yang aku rasa . Tapi semakin hari , makin sakit aku rasa dan memang , dia tak akan pernah perasan .

Dia lah orang yang paling rapat dengan aku selain kawan kawan aku . Dia lah orang yang tahu semua cerita aku . Dia lah orang yang selalu ketawa bila dengar lawak bodoh aku . Dia yang selalu buat aku sedar dengan silap aku . Dia buat aku rasa bahagia . Dia selalu cakap benda yang boleh buat aku tersenyum . Dia tak pernah marah . Dia akan sabar bila pujuk aku . Dia tak pernah buat aku sedih . Tapi itu dia yang dulu . Dulu , bila aku ni cuma kawan dia .

Aku tahu dia penat dengan semua tu . Aku tahu aku hanya menyusahkan dia . Aku tahu aku selalu buat dia rasa terkongkong . Aku tahu hidup dia jauh lebih sempurna dari aku . Aku tahu kalau aku takde dalam hidup dia pun , takpe . Sedangkan aku , cuma harapkan dia .

Aku belajar . Aku belajar senyum bila sebenarnya aku sedih , kecewa . Sebab aku tak nak dia tahu perasaan aku yang sebenar . Aku tahan diri aku dari call dia setiap masa tanya dia kat mana, tengah buat apa . Sebab aku tak nak buat dia rasa terkongkong, walaupun aku cuma risaukan keadaan dia .

Aku tak pernah mintak nak jadi orang yang terpenting dalam hidup dia . Aku tak nak semua tu . Apa yang aku harapkan , cuma alangkah baiknya kalau dia perasaan aku ada dalam hidup dia .



a little lie by : ZICHIEQAA

Little Miss Psychopath'™



Older Post | Newer Post
♔ Disclaimer

Bonjour . Im Eqaa Zawawi, the webmistress. Welcome to my world. BEHAVE YOURSELVES and copypig(s) are not allowed !


Go back to entries
Meet The Queen
Albums
Twitter
Instagram

♔ Talk Here !


No Harsh Words Please ツ






♔ Back To Past



♔ You And Me


Daisypath Anniversary tickers