Dashboard | +Follow
Little Miss Psychopath
gula-gula
Monday, February 27, 2012 • 8:13 PM • 0 comments

post yang ke 113 .ehem .

Assalamualaikum :)

hari ni nak tulis surat kiriman tak rasmi pulak . penerimanya , biasalah , gulahati saya :)


no 1  dihati saya ,
jalan  sayang sangat ,
14 1211 tarikh keramat,

27 Februari 2012

kehadapan Iqmal Ashraf yang dikasihi , insyaallah kita akan kahwin nanti . takpayah nak cakap saya gatal bila awak yang nak sangat kawin cepat . macam saya tak tahu . semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera .

Awak , 
surat ni bukan untuk awak baca sebenarnya . walaupun saya tahu saya tengah merepek tapi benda yang saya nak sampaikan ni ikhlas dari hari yang suci lagi murni kalah minyak seri murni yang jual kat pasar tani . saya tahu dah lama kita kenal . dah hampir setahun . tapi saya tahu jugak yang baru je kita mula nak bersayang-kasih ni . dulu awak kawan saya , sekarang awak gulahati saya . kalau takde awak macam mana senyuman saya nak jadi manis ? orang kata senyuman manis tu datang dari hati tapi kalau gulahati saya takde ?? err tolong jangan pindah keluar dari hati saya . duduk je situ diam diam cukup bulan saya bagi makan . 

kalau awak tak tahu yang saya sayang awak , meyh cini saya bagitau . dekat sikit . lagi sikit . okay dah . saya sayang awak lebih dari saya sayang harta benda saya . so dasyat kan ? ehem . saya tahu awak mesti ingat saya bergurau . saya tak bergurau . saya serious . kalau tak dah lama saya gelak .

dulu masa kita kawan , awak selalu cakap macam ni : 'eh awak ni kuat jeles lahh . macam mana lah kalau nanti tetibe saya jadi boyfriend awak ek ?' tapi saya senyum je . sekarang , awak takde pulak cakap macam tu . saya tahu awak sabar dengan sikap saya yang tu . tapi saya perempuan . memang nafsu saya 9  dan akal saya 1 . tapi saya tak sempat kira pulak cemburu saya kat tahap mana . banyak agaknya . 

awak jangan harap lah saya pos surat ni kat depan pintu rumah awak kan . saya tahu awak tahu yang saya tak suka cakap apa yang saya rasa kat orang lain . lagi senang kalau saya simpan sorang sorang . macam myvi lagi best , ada GPS . tapi bila saya tak bagitau awak marah pulak . lepastu merajuk . awak lah manusia yang paling susah saya nak pujuk . tapi takpe , kasih sayang dan tahap kesabaran saya tebal lagi  . 

akhir sekali , orang putih kata 'last but not least ' . yang ni penting jugak . kalau satu hari nanti rasa dah menyampah , malas nak layan sikap saya ni . tolong bagitau saya . sebenarnya saya nak cakap TOLONG JANGAN TINGGALKAN SAYA . ayat yang kat atas tu saya kalis je .  awak tak payah lah nak risau sampai tanak makan , tanak tidur bagai . saya sayang awak , saya sayang diri saya . mestilah saya akan jaga diri saya baik baik . so tak payah nak muncung sangat lah . nanti saya ejek awak marah pulak . 

sekian .

girlfriend awak ,

(Fatin Syafiqah bt Mohd Zawawi)

Little Miss Psychopath'™



Older Post | Newer Post
♔ Disclaimer

Bonjour . Im Eqaa Zawawi, the webmistress. Welcome to my world. BEHAVE YOURSELVES and copypig(s) are not allowed !


Go back to entries
Meet The Queen
Albums
Twitter
Instagram

♔ Talk Here !


No Harsh Words Please ツ






♔ Back To Past



♔ You And Me


Daisypath Anniversary tickers