Dashboard | +Follow
Little Miss Psychopath
the RESULT ?
Thursday, November 17, 2011 • 7:14 PM • 1 comments

assalamualaikum and hello silent readers :)

380496_179479248804742_176489425770391_371841_908632881_n_large_large

well macam sume orang tahu , harini hari ambil result UPSR bagi murid-murid tahun 6 di semua sekolah :) teringat masa zaman aku dulu . pahit betol nak telan . semua orang bergantung harapan kat aku . aku pulak dah tak dapat nak tunaikan ape yang dorang semua harapkan --'

result aku tak sebagos mana . tak sebagos korang semua . malah , lagi rendah darjatnya .
aku duduk kelas depan so for sure , sekolah letak harapan tinggi kat aku . sampai principal sekolah aku offer siapa yang dapat 5A dia nak bagi basikal . masa zaman tu , basikal adalah satu pembakar semangat bagi budak budak macam aku . then cikgu cikgu semua macam nak gila ajar aku . Pn Noormalawati , aku ingat lagi nama dia . cikgu aku , mentor aku . dia ajar aku mathematics . lepas habis kelas dia , dia akan bawak aku  masuk dalam bilik guru and duduk kat tempat dia untuk ajar aku . setiap hari dia akan buad macam tu sebab dia tahu , aku lah satu satunya murid yang amat lemah dalam subjek mathematics . bayangkan , daripada aku gagal subjek tu , akhirnya aku dapat A masa ujian bulanan sebelum UPSR tu . time tu , dia tersenyum lebar .

bila tiba UPSR , aku buad sehabis baek . aku nak tengok senyuman tu kat muka cikgu aku lagi . bila result keluar , aku tak berjaya . aku tak berjaya dapatkan A untuk subjek tu . aku kecewa sangat sangat . bila tengok budak budak lain terlompat lompat kegembiraan , aku terkilan . tapi yang aku terharu , cikgu aku punya lah bangga , dia cakap kat semua cikgu yang aku dapat 4A . dia kata dia gembira sangat student dia boleh dapat result macam tu even subjek yang dia ajar tu aku tak dapat A . dia tetap bangga :) . kalau aku dapat jumpa dia sekarang ni , cuma 3 perkataan yang aku nak cakap kat dia , TERIMA KASIH CIKGU .

tapi parents aku tak berapa happy dengan result tu . maybe dorang harapkan lebih dari aku . tapi dorang tak salahkan aku . dorang kata takpe , setidak tidaknya aku dah cuba . bila dah tiba PMR pulak , result aku still sama , tak berapa baek . sekali lagi aku terkilan sebab tak dapat masuk sekolah asrama . memang tu cita-cita aku . and sekarang , aku sedang berusaha nak kejar all A's for my SPM . aku dah tanak terkilan lagi . aku tanak ada hati yang hampa sebab aku tak dapat capai ape yang semua orang harapkan . tapi yang penting , aku nak berjaya bukan sebab nak kejar hadiah takpon fame , cuma aku nak berjaya kerana Allah , ibubapa dan diri aku sendiri :)

167030_136716673055546_100001516410035_223552_7132168_n_large
everyone is special in their own ways

so kepada adek Huda , be strong okay . adek baru je tiba kat garisan permulaan . banyak lagi yang akan adek tempuh . kalau adek tak rasa kejayaan sekarang , mungkin adek akan rasa kejayaan in the future . so , jangan pernah mengalah and teruskan mencuba tau ? insyallah kejayaan akan datang jugak :)

and kepada adek yang lagi satu tu *tak tau nama lah pulak , congrats dapat 5A . keep it up and dont forget the earth when u're in the sky :)

p/s : kalau nak hadiah mintak kat abang masing masing ye . dorang tengah kaya sekarang ni maklumlah dah dapat duet free kan ? so ehem ape lagi . kasi ketuk siked . * akak tak ajar tau






Little Miss Psychopath'™



Older Post | Newer Post
♔ Disclaimer

Bonjour . Im Eqaa Zawawi, the webmistress. Welcome to my world. BEHAVE YOURSELVES and copypig(s) are not allowed !


Go back to entries
Meet The Queen
Albums
Twitter
Instagram

♔ Talk Here !


No Harsh Words Please ツ






♔ Back To Past



♔ You And Me


Daisypath Anniversary tickers